Walau Anwar dipenjara, Pakatan tetap kukuh
SHAH ALAM: Kerjasama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR) di peringkat pusat sudah pun kukuh namun perlu dipertingkat di peringkat negeri dan kawasan.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, PP di peringkat Pusat perlu memperkasa kerjasama di peringkat negeri khususnya di negeri-negeri yang ditadbir mereka.
"Kita akui kerjasama Pakatan Rakyat di peringkat negeri belum cukup kukuh walaupun sudah membentuk kerajaan negeri.
"Pakatan di peringkat pusat perlu menggerakkan kerjasama di peringkat negeri dan kawasan kerana kalau kita betul-betul bekerjasama Umno dapat ditumbangkan," kata beliau sewaktu berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke-5 di Setia Alam, hari ini.
Ahli Parlimen Seremban itu juga mengakui ada beberapa perbezaan pendapat dalam PR namun kematangan politik dalam kalangan pemimpin dapat mengatasi perbezaan yang timbul.
"Kita akui memang ada perbezaan pendapat dalam Pakatan.
"Dalam proses peletakan kerusi dan sebagainya memang kadang-kadang ada perselisihan dan bukan proses yang mudah tapi prinsip yang kita ambil dalam Pakatan Rakyat adalah menggunakan permuafakatan.
"Kematangan politik yang ditunjukkan para pemimpin utama menjadikan Pakatan semakin kukuh," katanya.
Tambah beliau juga, PR akan meneruskan kerjasama dan tidak akan berpecah sekali pun tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Umno BN ingat bila mereka sumbat Datuk Seri Anwar ke penjara, Pakatan akan berpecah.
"Mereka silap kerana Pakatan Rakyat akan terus bekerjasama walaupun Datuk Seri Anwar dikenakan hukuman dan kita akan membuktikannya dalam Pilihan Raya Kecil Kajang," katanya.

No comments:
Post a Comment