HULURKAN BANTUAN ANDA UNTUK PROGRAM KEBAJIKAN- DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SIK (BIMB 02084010022679)

Tuesday, 11 March 2014

PAS bimbang jenayah siber ancam keselamatan negara

KUALA LUMPUR: Ustaz Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) melahirkan kebimbangan terhadap jenayah siber yang berlaku melalui media sosial seperti Facebook memandangkan ia boleh mengancam sistem keselamatan negara.

Ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan, hari ini, Nasruddin mempersoalkan sejauh mana peranan Sekretariat Perkongsian Multi Lateral yang ditubuhkan pada 2008, di Putrajaya.

"Difahamkan, telah diluluskan geran sebanyak USD300 bagi tujuan penubuhan tersebut, apa perkembangan dan fungsi sekretariat tersebut?" soal beliau di Dewan Rakyat.

Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata beliau tidak mempunyai perincian tersebut.

Sebelum itu, kementerian disoal tentang sejauh mana serius penyalahgunaan oleh rakyat negara ini terhadap kemudahan media sosial dan langkah menanganinya.

Dalam jawapannya, Jailani berkata pihak kementerian menjalankan pemantauan bersama-sama agensi lain yang berkaitan bagi memantau dan menangani penyalahgunaan media sosial di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Sumbangan

Akaun Bank Islam Malaysia :
Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik
No.Akaun Bank : 02084010022679