Liqa' Fikri & Liqa' Khas
1. Selaku Pengerusi Lujnah Tarbiyah Pemuda PAS Malaysia sesi 2013-2015, dengan ini diumumkan bahawa kami bersetuju menangguhkan program Liqa' Fikri yg dijadualkan pada 5 April 2014 dan perkara itu dalam pengetahuan Tuan Guru Presiden yang dijadualkan merasmikannya. Tarikh lain untuk Liqa' Fikri ini sedang diusahakan dan akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.
2. Pertemuan dan dialog dengan Tuan Guru Presiden pada sesi pagi 5 April 2014 di Kuala Ketil Baling tetap dijalankan dalam sesi yang dinamakan Liqa' Khas, seperti yang telah dinyatakan oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia dalam Harakahdaily.
3. Program Himpunan Demonstrasi Baling 2.0 yang turut diadakan pada tarikh yang sama adalah bertujuan untuk membela nasib para petani khususnya penoreh getah, ia juga tidak terpisah dari nilai tarbiyah apabila saudara-saudara berkorban dan berusaha untuk hadir tanpa dibayar walau satu sen pun. Ia juga menepati Inisiatif Strategi Agenda ke-5 Pemuda PAS Malaysia sesi ini iaitu "Memperkukuhkan penerapan elemen tarbiyah dalam semua sektor Pemuda PAS Malaysia".
4. Sebagai TKP PPM, saya menyeru semua terutamanya para pemuda untuk hadir memberi sokongan dan solidariti kepada Himpunan Demonstrasi Baling 2.0 pada 5 April 2014.
USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timb. Ketua Pemuda PAS Malaysia/
Pengerusi Akademi Tarbiah

No comments:
Post a Comment