HULURKAN BANTUAN ANDA UNTUK PROGRAM KEBAJIKAN- DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SIK (BIMB 02084010022679)

Wednesday, 26 March 2014

[Kenyataan Ikhwanul Muslimin Berhubung Kehakiman Tentera, Penghapusan Beramai-ramai]


[Kenyataan Ikhwanul Muslimin Berhubung Kehakiman Tentera, Penghapusan Beramai-ramai]

Ikhwanul Muslimin mengecam sekeras-kerasnya keputusan mahkamah yang paling tragis dan tidak masuk akal, di mana 529 pimpinan dan ahli politik dijatuhkan hukuman mati dalam dua sesi perbicaraan yang ringkas, kedua-duanya berlangsung kira-kira 20 minit.

Sekali lagi, junta tentera menyerlahkan wajah sebenar raksasa mereka dan membuktikan mereka sememangnya musuh rakyat, musuh kehidupan itu sendiri, musuh keadilan, kebebasan dan demokrasi. Mereka menggunakan institusi kerajaan, pihak berkuasa dan agensi kerajaan bagi tujuan yang berlawanan dengan tujuan penubuhannya.

Mereka mengunakan media massa untuk mengelirukan rakyat, menggunakan tentera dan polis untuk membunuh dan mencederakan rakyat yang tidak bersenjata dalam pembunuhan beramai-ramai yang tidak pernah dilihat sebelum ini malah tidak berani dilaksanakan kuasa penjajah asing. Dan kini mereka menyalahgunakan badan kehakiman untuk melaksanakan penghapusan beramai-ramai keji terbaru yang lebih dahsyat daripada pembunuhan beramai-ramai Denshawai. Hal ini, jenayah yang terbaru oleh junta pembunuh, adalah yang paling mengejutkan kepada dunia bebas keseluruhannya.

Keputusan mahkamah yang dikeluarkan hari ini (Isnin) oleh Mahkamah Jenayah Minya untuk menjatuhkan hukuman mati keatas 529 penentang kudeta adalah contoh paling jelas pengkhianatan dan penderhakaan pihak junta. Mahkamah sekadar bersidang sekali pada dua hari lepas selama beberapa minit. Kemudian, keputusan diumumkan mahkamah selepas hanya 48 jam. Fail kes perbicaraan ini merangkumi beribu-ribu dokumen dan sudah pasti para hakim tidak pernah meneliti dokumen-dokumen tersebut. Tiada waktu untuk berbuat demikian apatah lagi untuk mengeluarkan bukti-bukti relevan mahupun mendengar keterangan-keterangan saksi atau kenyataan pembelaan. Keputusan mahkamah dibacakan dalam masa lima minit.

Hukuman sebegini keras hanya akan menggandakan tekad revolusioner dan mengukuhkan keazaman mereka dalam meneruskan usaha utama menamatkan rampasan kuasa dan menghadapkan setiap seorang penjenayah yang mencabul hak dan kebebasan rakyat Mesir ke muka pengadilan, untuk mencapai hukuman yang adil.

Dengan hukuman sekeras ini, komander-komander kudeta pengkhianat dan para sekutu mereka cuba untuk memaksa Revolusi Mesir jauh dari landasan perjuangan yang aman. Tetapi ini tidak akan berlaku, dengan izin Tuhan. Revolusi kami akan kekal aman. Dan sekali lagi, ketidakadilan ini, penindasan dan dendam kesumat pihak junta hanya akan menguatkan keazaman dan hati kami dan menggandakan tekad kami untuk menewaskan junta tentera pengkhianat, dan mengembalikan kebebasan, maruah dan kedaulatan kami.

Detik penentuan sudah semakin hampir, dengan izin Tuhan. Dan penindas yang zalim akan bertemu takdir kesudahan akhir mereka.

Ikhwanul Muslimin,
24 Mac 2014



No comments:

Post a Comment

Sumbangan

Akaun Bank Islam Malaysia :
Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik
No.Akaun Bank : 02084010022679