Dua musibah dalam 24 jam
- MAR 13, 2014
- SUBKY LATIF
Negara dilanda dua musibah dalam masa 24 jam dari petang Jumaat 7 Mac hingga pagi Sabtu 8 Mac lalu.
Kata saya pada kedua-dua musibah itu, ‘Inna lillah wainna ilaihirojiun.’
Yang pertama, musibah yang menimpa rakyat khususnya di Kajang dan Selangor ia berita Anwar Ibrahim dihukum penjara lima tahun oleh mahkamah rayuan.
Bagi Anwar ia adalah ulangan ujian kali ketiga dipenjara. Bagi sesetengah orang mukmin, penjara bukan celaka baginya, bahkan ia penuh hikmah buatnya seperti yang dilalui oleh Nabi Yusuf AS dan ulama muktabar. Hamka menamatkan Tafsir al-Azhar dalam penjara. Sayyid Qutb menghazilkan tafsirnya yang masyhur semasa tahanan.
Ternyata nama Sayyid Qutb dijunjung melangit lama dan selama-lama selepas matinya tetapi regim yang memenjaranya busuk melentung zaman berzaman.
Bukan mustahil wangian kasturi memancar dari bilik penjara Anwar ke awan dan ke udara, tetapi yang menghantarnya merengkok pekung tak terhidu di mana saja ia berada.
Paling meratap ialah warga Selangor yang hilang peluang untuk mendapat pimpinan cemerlang secara langsung daripadanya. Musibah yang menimpanya satu tragedi buat bangsa Malaysia sekurang-kurangnya untuk tempoh dia dipenjarakan.
Usaha rakyat untuk menjadikannya Perdana Menteri dalam PRU akan datang seperti tersekat kecuali mahkamah membuat keputusan yang lain.
Bukan dia yang hendak jadi Perdana Menteri tetapi rakyat yang hendak menjadikannya Perdana Menteri. Tiada mungkin dia jadi Perdana Menteri sekadar cita-citanya sedang rakyat tidak mahu.
Pencita keadilan dan kebenaran tidak ghairah sangat dia hendak jadi Perdana Menteri semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi mereka mahu sangat dia jadi Perdana Menteri selepas itu. Ia masih tersekat, tetapi rakyat jangan putus asa. Jalannya ke situ belum putus selagi ajalnya belum tiba.
Musibah bagi semua kerana pembelaan dan perubahan tertangguh oleh penjara yang ada di tengah jalan di antara Bangunan Parlimen ke Putrajaya.
Sedang bulan dan matahari bagaikan gerhana oleh musibah itu datang pula musibah yang kedua tragedi sebuah pesawat MAS yang hendak ke Beijing hilang dari udara. Sukar memungkinkan ia dan muatan 239 orang itu terselamat kecuali ia ke ruang angkasa lepas, ia mungkin boleh turun semula ke orbit bumi. Tetapi ia tidak ke angkasa lepas tetapi ia hilang sama ada di permukaan bumi atau di dasar laut yang terbentang.
Malam sebelum ia terbang saya mengikuti stesyen TV CNN, BBC dan Al-Jazeera membincangkan musibah negara atas yang menimpa Anwar Ibrahim. Siang esoknya, siang malam stesyen TV yang sama membincangkan musibah kedua negara itu.
Kedua-duanya diratapi oleh dunia media dunia. Rangka pesawat mungkin boleh ditemui tetapi muatannya yang hilang tidak mungkin boleh dikembalikan. Tiada yang dapat dinyatakan selain dari kalungan takziah untuk semua – negara, rakyat dan keluarga mangsa.
Kekuasaan Allah. Dibawa-Nya pejumpang dari serata dunia ke Kuala Lumpur. Bersama mereka masuk ke perut pesawat yang sama untuk sama-sama hilang di angkasa raya.
Tetapi Anwar masih boleh balik. Dia cuma dipinjamkan sementara ke penjara. Jarang ada pemimpin negara merdeka dan demokrasi dipenjara berkali-kali selain daripadanya. Lainlah pada zaman penjajah dulu.

No comments:
Post a Comment