HULURKAN BANTUAN ANDA UNTUK PROGRAM KEBAJIKAN- DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SIK (BIMB 02084010022679)

Wednesday, 26 March 2014

Penyamaran atau penipuan siber: Apa kesudahannya? - SHUHAIMI EMBONG


Pada petang khamis, 20hb Mac 2014, saya bersama dengan Tun Faisal Ismail Aziz, mantan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pemuda UMNO Malaysia dijemput menjadi tetamu kepada Bernama24 Radio bagi membincangkan isu Budaya Media Sosial.

Diantara apa yang ditanya kepada saya untuk dibincangkan di Bernama24 Radio pada petang tersebut adalah bagaimana untuk mengelakkan penyamaran atau penipuan dalam media sosial sama ada facebook, twitter, instagram, telegram dan sebagainya.

Secara jujurnya saya nyatakan, adalah sukar untuk membanterasnya walaupun ditubuhkan beberapa agensi khusus untuk mengendalikannya selagi manusia tidak kembali kepada Islam dengan menjiwai adanya dosa dan pahala diatas apa yang dilakukkan termasuk dalam dunia siber ini.
 
Sebelum itu, anak saya sendiri pernah menjadi mangsa kepada penipuan bisnes siber ini. Pada 22hb Mac, 2014, nombor telefon saya pula telah menjadi mangsa kepada penyalahgunaan atau penipuan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Yang lebih mengejutkan, saya sendiri juga turut menjadi mangsa kepada penyamaran atau penipuan seperti ini lebih kurang 48 jam selepas bercakap perkara tersebut.

Saya telah membuat laporan polis pada malam tersebut (Gambar atas), selepas menerima panggilan beratus-ratus sms dan panggilan menyebabkan saya terganggu dan hilang fokus. Selain laporan polis, saya dinasihatkan supaya membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan MultiMedia (SKMM). Saya juga diminta membuat aduan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).

Saya menyerahkan kepada SKMM menyiasat selepas membuat laporan rasmi pada Isnin, 24hb Mac, 2014. Saya amat berminat untuk mengetahui apa yang terjadi sama ada sim kad saya ‘diklon’ atau mereka menggunakan perisian tertentu untuk menghantar SMS berkenaan.

Tidak pasti sama ada SKMM mampu atau tidak menjejak ‘penyangak’ siber yang telah membuat onar dengan menghantar sms yang bukan-bukan menyebabkan saya dipaksa menerima kecaman ke atas apa yang tidak saya lakukan.

Yang Berikut adalah sedutan berita yang disiarkan oleh portal Harakahdaily pada 23hb Mac, 2014.
PRK Kajang: Telefon Pengarah IT PAS Pusat digodam 

Nombor telefon Pengarah IT PAS Pusat, Shuhaimi Embong telah digodam pihak tertentu malam tadi dengan menghantar mesej-mesej 'mengganggu' orang ramai termasuk pengundi di Kajang.

Menurut Suhaimi, beliau menyedari perkara itu selepas menerima beratus-ratus panggilan dan khidmat pesanan ringkas (sms) balas yang mengecam beliau berhubung satu sms yng didakwa dihantar melalui nombor tersebut.

 "Saya telah menerima beratus-ratus panggilan dan sms sejak lebih kurang jam 11 malam tadi hingga sekarang tak henti-henti.

"Saya kesal dengan pihak-pihak tidak bertanggungjawab membuat serangan psikologi untuk mengganggu tugas dan tumpuan kita membantu gerak kerja IT Pakatan Rakyat menghadapi PRK Kajang pada hari ini," kata beliau yang telah membuat laporan di Balai Polis Kajang jam 12.30 tengah malam tadi.

Menurut Suhaimi, antara mesej yang di hantar berbunyi; "Emak kau berhutang dengan aku, bila nak bayar" dan "Duit telah ada pada aku bila nak ambil".

"Saya tidak pernah sama sekali menghantar sms tersebut dan meminta maaf kepada orang yang menerima serta minta mengabaikannya," katanya kepada Harakahdaily.

Sementara itu, Pengarang Harakahdaily, Azmi Yusof turut menjadi mangsa dan membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara jam 1.42 pagi tadi.

No comments:

Post a Comment

Sumbangan

Akaun Bank Islam Malaysia :
Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik
No.Akaun Bank : 02084010022679