Kenapa kita kena ikut mazhab?
- ABU HUSAYN
Soalan:
Dalam Islam terdapat pelbagai mazhab dan di Malaysia hampir semua tok guru, ustaz dan ulama mengikuti mazhab Safi'e. Soalannya, mengapa mereka bermazhab? Sedangkan nabi SAW telah bersabda agar umatnya mengikuti al-Quran dan sunah nabi SAW.
Jawapan:
Jika ditanya kenapa kita mengikut mazhab Syafie, jawapannya ialah Imam Syafie mengikut al-Quran dan Sunnah. Mengapa ada orang ikut Hanbali, Maliki dan Hanafi, jawapannya kerana tiga mazhab lain itu juga mengikut al-Quran dan Sunnah. Jadi apa yang membezakan antara mereka ialah cara mazhab memahami nas syarak ditambah pula uruf dan suasana setempat.
Mazhab juga membantu orang awam untuk memudahkan mereka untuk mengamalkan sesuatu hukum. Maka, tidak salah untuk kita bermazhab, tetapi yang salah ialah fanatik atau taksub bermazhab sehingga tidak menghormati pandangan dalam mazhab lain. Jadilah seperti ulama dahulu yang meskipun mereka berbeza pendapat tetapi mereka sangat menjaga adab antara satu sama lain.

No comments:
Post a Comment