ICT sebagai media dakwah dan implikasinya
- MAR 06, 2014
- MOHD SHUHAIMI EMBONG
Melihat kepada sejarah perkembangan dakwah Islam, kita akan dapati kaedah yang berbeza digunakan mengikut keadaan. Pada peringkat awal kemunculan Islam, Rasulullah menggunakan kaedah dakwah secara rahsia. Apabila umat Islam sudah mempunyai kekuatan, maka dakwah dilakukan secara terang-terangan. Sebaliknya zaman ini, walaupun Islam telah dikenali, tetapi masih ramai yang tidak memahami secara tepat.
Dakwah bertujuan mengajak dan memandu seluruh manusia supaya memperoleh kebahagiaan (sa’adah) yang hakiki bagi kehidupan di dunia dan juga di akhirat. Dengan kata lain dakwah bertujuan mengembalikan seluruh manusia kepada fitrah, iaitu homo religious dan homo Islamicus.
Bagi dakwah, “menguasai dunia” sebenarnya bukanlah perkara asing kerana ia merupakan ahdaf- al-da’wah (tujuan dakwah) yang utama. Dakwah Islamiah adalah bersifat fleksible dari segi kaedah atau cara dakwahnya. Sebarang peluang yang tersedia, menepati syariat, tidak wajar disia-siakan.
Dengan adanya kemudahan ICT ini, menyebabkan segala tindakan, penyebaran maklumat, menjadi semakin pantas dan mampu memberi perubahan tentang method dakwah di abad ini. Kecanggihan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) kini, menyebabkan seluruh dunia semakin mengecil sebagaimana yang kita istilahkan sebagai globalisasi.
Walaupun pada asasnya blog hanyalah teknologi yang berfungsi untuk menyampaikan maklumat sahaja, tetapi yang amat penting sekali adalah maklumat itu sendiri. Malah ada yang menyebut ‘maklumat adalah kuasa’. Oleh sebab maklumat adalah kuasa, maka untuk berkuasa teknologi yang merupakan wasilah untuk menyampai dan mendatangkan maklumat menjadi cukup penting dan perlu dikuasai.
Penggunaan ICT dalam dakwah adalah sangat penting dan dimanfaatkan sebaik dan sebijak mungkin. Kecanggihan dunia ICT hari ini telah memungkinkan blog sudah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang termasuk dakwah tanpa ada batasan. Justeru, menggunakan blog sebagai usaha untuk menyebarkan syiar Islam dilihat sebagai alternatif yang terbaik di zaman ini. Dengan niat yang betul ketika menggunakan blog untuk melakukan dakwah tentang kesucian Islam pasti kita akan dapat mengecapi keberkatan di dalam kehidupan harian. Ini kerana, setiap kebaikan yang dilakukan, pasti dilihat oleh Allah walaupun hanya sebesar zarah.
Firman Allah yang bermaksud:
“dan hendaklah ada di antara kamu menyeru (berdakwah) kepada kebaikan, dan menyuruh berbuat segala perkara baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Surah al-Imran : ayat 104)
Blog sebagai media dakwah
Ramai yang telah menyedari blog adalah satu media perhubungan yang berpengaruh dan menjadi alat penyebaran maklumat dakwah yang tidak mudah disekat ketika ini. Blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari. Dianggarkan negara kini memiliki hampir 500,000 blog dan pengendali laman blog tertinggi di dunia selepas Eropah dan Indonesia.
Pengaruh blog tidak boleh dinafikan lagi sebagai satu elemen penting untuk proses membuat keputusan kepada masyarakat hari ini. Sebahagian besar khususnya golongan muda yang celik komputer akan menerima maklumat yang dipaparkan dan berusaha untuk mengesahkan maklumat berkenaan.
Tetapi masalah utama adalah laman-laman ini kebanyakannya pula dikendalikan bukan dari mereka yang mahir dalam bidang agama yang kadang kala pula boleh menimbulkan salah faham kepada masyarakat. Justeru, suatu gabung jalin yang kuat antara pakar Muslim dalam pelbagai bidang dan antara institusi dan organisasi Islam yang berwibawa hendaklah mengusahakan penggunaan internet, blog dan teknologi yang lain sebagai medium dakwah diyakini mampu memberi nafas baharu kepada dunia dakwah agar skop dan capaian dakwahnya lebih luas, kreatif dan yang penting ilmu itu akan sampai kepada masyarakat dan masyarakat pula boleh berinteraksi dengan mereka sebagaimana maksud sebuah hadis.
“Barang siapa menunjukkan kepada suatu kebaikan, dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang melakukannya.” (HR. Muslim)
Yang perlu dipastikan ketika menggunakan blog adalah menjaga etika penulisan agar ia tidak menyentuh isu yang tidak dipastikan kesahihannya. Selagi isu tersebut disokong oleh hujah al-Quran, sunnah mahupun pendapat ulama, maka tidak salah para pendakwah atau penulis blog mengutarakan pandangan mereka melalui blog.
Masyarakat kita telah berasimilasi dengan internet dan blog. Terdapat ramai masyarakat Islam yang dahagakan ilmu pengetahuan agama tetapi tidak pasti ke mana harus dituju untuk disalurkan soalan-soalan atau kemusykilan agama yang berada di fikiran.Lebih-lebih lagi bagi golongan yang tidak biasa ke masjid atau mereka yang baru berjinak-jinak dengan agama atau mereka yang lebih selesa berurusan melalui telefon atau emel daripada bersemuka.
Dengan kewujudan blog, ia menjadi satu alternatif kepada umat Islam dalam usaha untuk menyebarkan dakwah melalui penulisan. Kewujudan blog jika dilihat daripada sudut yang positif merupakan rahmat kepada umat Islam dalam usaha untuk menyebarkan dakwah, terutamanya apabila kita memegang amanah adalah dai'e.
Hasil penelitian melalui laman alexa.com menunjukkan tiada satu pun laman web berbentuk dakwah atau elemen Islam yang tersenarai dalam 100 laman web popular di Malaysia. Justeru, menjadi tanggungjawab para pendakwah, untuk membina lebih banyak laman web dan blog, seperti yang dilakukan oleh pendakwah umpamanya Hasrizal Jamil (http://www.saifulislam.com) dan Zaharuddin Abdul rahman (http://www.zaharuddin.net ) sebagai contoh atau diperingkat antarabangsa seperti Dr Yusuf al-Qardawi (http: //www.Qardawi.com) dan lain-lain.

No comments:
Post a Comment