Satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Kajian Politik Palestin mendedahkan sokongan rakyat Palestin sama ada di Tebing Barat ataupun di Gaza kepada HAMAS meningkat selepas serangan rakus 50 hari Zionis Israel baru-baru ini dan ia tertinggi sejak 8 tahun lalu.
Menurut kajian tersebut, jika Pilihanraya Presiden Palestin berlangsung ia hanya akan melibatkan dua calon iaitu pemimpin HAMAS, Ismail Haniyah dan Presiden sekarang, Mahmoud Abbas maka Haniya akan memperolehi 61% sementara Abbas hanya 32%.
Jika dipecahkan mengikut wilayah iaitu di Gaza, sokongan bagi Haniya mampu menjangkau 53% sementara penduduk Palestin di Tebing Barat yang menyokongnya 66% berbanding sokongan rakyat Gaza kepada Abbas hanya 43% dan 25% di Tebing Barat.
Kajian tersebut dilakukan oleh 1,270 orang petugas yang menanyakan soalan "jika berlaku pertandingan jawatan Presiden Palestin berlaku antara Mahmoud Abbas, Marwan Al-Barghousi dan Ismail Haniya, siapa pilihan anda?".
Berdasarkan kajian mereka juga kebanyakan responden mengakui HAMAS telah menang berdepan dengan Israel. Mereka turut mengiktiraf bahawa tindakan HAMAS dengan mengangkat senjata berdepan dengan Zionis adalah lebih baik bagi menamatkan penjajahan Israel ke atas mereka.
No comments:
Post a Comment