KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
"TAHNIAH ATAS PELANTIKAN MENTERI BESAR SELANGOR"
Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Tuan Mohamed Azmin Ali yang telah mengangkat sumpah di hadapan D.Y.M.M Tuanku Sultan Selangor sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu pada hari ini 23 September 2014. PAS berdoa agar amanah yang besar ini akan dapat dipikul oleh YAB Tuan Mohamed Azmin Ali dengan taufik dan panduan dari Allah SWT.
PAS berharap pelantikan ini akan memastikan kesinambungan dan kecemerlangan pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor sejak 2008 untuk manafaat rakyat secara keseluruhannya.
PAS juga akan memberikan kerjasama berterusan kepada Menteri Besar Selangor melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ADUN, Ahli Dewan Rakyat PAS, dan seluruh Ahli-Ahli Majlis untuk memastikan khidmat yang terbaik kepada rakyat di negeri Selangor secara khususnya.
PAS juga ingin merakamkan ucapan terimakasih kepada YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim di atas khidmat yang cemerlang sebagai Menteri Besar Selangor dari 2008 hingga 2014. Semoga Allah SWT melimpahkan kebaikan dan rahmat Nya di atas khidmat beliau selama ini.
DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Presiden PAS
No comments:
Post a Comment