Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika membahaskan Rang Undang-undang GST di Dewan Rakyat.
"Saya bimbang, (pelaksanaan cukai) ini nasihat daripada 'Qarun' luar negara. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia, penyangak-penyangak kewangan termasuk yang ada dalam negara kita.
"Penyangak-penyangak kewangan yang mahu menggalakkan diri mereka menunaikan amanah dan tanggungjawab, untuk menimpa dan mengenakan (cukai) kepada rakyat," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang GST di Dewan Rakyat tengah hari ini.
"Soalnya apakah pengurusan hasil bukan cukai seperti Petronas dan lain-lain diuruskan dengan betul bagi menambah hasil negara?
"Adakah cukai daripada mereka layak, sepatutnya membayar cukai selama ini diurus dengan baik, sehingga (boleh) membanyakkan hasil negara.
"Ini perlu dilihat dengan petunjuk dengan betul untuk mengendali sumber sedia ada,"
"Berlakunya bocor, hutang dengan riba yang semakin meningkat. Inilah yang merudumkan ekonomi kuasa besar dunia (seperti) Amerika dan Eropah.
"Kalau mampu berjimat, tak ada boros, membazir, hutang dan rasuah diatasi, maka tak perlu GST. GST diadakan untuk menampung defisit,"
"Mungkin Yang Berhormat tidak baca Laporan Audit Negara. Mesti baca laporan audit negara tiap-tiap tahun, dan kami bukan Melayu yang mudah lupa.
"Kami tidak lupa peristiwa IMF, Perwaja, KWSP, Tabung Haji, kapal terbang Skyhawk, kapal selam dan lain-lain lagi. Tidak ada apa-apa tindakan.
"Tindakan terhadap ikan bilis kecil, yang besar tak ada tindakan, yang kena tindakan pegawai, orang politik tak ada tindakan, menteri tak kena tindakan... Mana integriti?" - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika membahaskan Rang Undang-undang GST di Dewan Rakyat.
No comments:
Post a Comment