HULURKAN BANTUAN ANDA UNTUK PROGRAM KEBAJIKAN- DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SIK (BIMB 02084010022679)

Monday, 27 January 2014

Dun Kajang kosong,Adun letak jawatan


SHAH ALAM: Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang kosong ekoran perletakan jawatan Adunnya, Lee Chin Cheh (gambar).
Ekoran daripada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari.
Perkara itu diumumkan Hannah petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok, lapor Selangor Kini.
Hannah berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan Lee hari ini.
“Dengan ini, saya mengisytiharkan kerusi Dun N25 Kajang dikosongkan dan SPR seharusnya menjalankan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari,” kata Hannah dalam sidang media di sini, hari ini.
Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee sendiri.

No comments:

Post a Comment

Sumbangan

Akaun Bank Islam Malaysia :
Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik
No.Akaun Bank : 02084010022679