Lajnah Sukan/Rekreasi Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik menganjur 'Kejohanan Badminton Piala Ketua Pemuda PAS Kawasan Sik" yang bertarikh 2 Februari 2014,pada hari Ahad,jam 9.00 pagi,di Dewan Kompleks PAS Kawasan Sik,Sungai Pau.Pendaftaran seorang RM 10.00 (beregu sahaja).
Untuk Pendaftaran sila hubungi sdr.mizi (01114492634).
Sukan ini terbuka kepada semua anak muda.
*Peserta diminta menutup aurat.
Monday, 27 January 2014
Ini Penjelasan Adun Kajang Berkenaan Perletakan Jawatannya
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dari PKR Lee Chin Cheh
yang meletakkan jawatan hari ini mengatakan beliau mengosongkan kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk kepentingan Pakatan Rakyat (PR) di
Selangor.
Lee yang baru sahaja menjadi Adun selepas pilihan raya 5 Mei lalu juga
mengucapkan terima kasih kepada pengundi Kajang yang memberikan
kepercayaan kepadanya untuk berkhidmat.
"Keputusan saya untuk mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang adalah untuk
kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat
untuk rakyat Selangor," kata Lee dalam satu kenyataan kepada The
Malaysian Insider.
"Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan terhutang budi kepada semua
pengundi di Kajang yang telah memberi peluang kepada saya menjadi wakil
rakyat DUN N25 Kajang."
Sumber PKR mengatakan peletakan jawatan Lee bertujuan untuk memberi
laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi tersebut
bagi membolehkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menggantikan Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
Bagaimanapun satu lagi sumber mengatakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli bakal mengisi kekosongan kerusi DUN tersebut.
Surat peletakan jawatan Lee diserahkan kepada Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh hari ini.
Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.
Bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu menggantikan Lee Kim Sin yang popular sebagai Adun Kajang dalam PRU13.
Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi berbanding calon Barisan Nasional Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.
Menurut undang-undang, kata Yeoh, Suruhanjaya Pilihan Raya harus
mengadakan pilihan raya di kerusi DUN Kajang dalam tempoh 60 hari.
The Star Online melaporkan pagi ini Abdul Khalid sudah bersetuju untuk
meletak jawatan sebagai menteri besar dalam masa terdekat.
Laporan yang memetik sumber dalaman PKR itu menyebut Abdul Khalid dijangka akan mengumumkan keputusan berkenaan pada Rabu ini.
Mereka berkata, Anwar akan menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar.
Bagaimanapun, kedua-dua Abdul Khalid dan Anwar menafikan laporan itu.
Peletakan jawatan Lee sebagai Adun Kajang menguatkan lagi dakwaan tersebut.
Lewat petang tadi Abdul Khalid mengatakan beliau bersedia melepaskan
jawatannya sekiranya PR sudah mencapai konsensus mengenai penggantinya.
"Saya boleh berundur sekiranya pakatan pembangkang mencapai konsensus
untuk menggantikan saya tetapi tiada perbincangan mengenainya sehingga
kini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran
buku 'Maps of Malaya and Borneo: Discovery, Statehood and Progress' di
Kuala Lumpur, hari ini.
Dun Kajang kosong,Adun letak jawatan
Ekoran daripada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari.
Perkara itu diumumkan Hannah petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok, lapor Selangor Kini.
Hannah berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan Lee hari ini.
“Dengan ini, saya mengisytiharkan kerusi Dun N25 Kajang dikosongkan dan SPR seharusnya menjalankan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari,” kata Hannah dalam sidang media di sini, hari ini.
Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee sendiri.
Wednesday, 8 January 2014
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435 DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SIK
Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab (kelahiran Rasul) di mana ia merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim) bertarikh 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T). Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulidur Rasul atau Maulid Harta.
Kini sambutan Maulidur Rasul telah memasuki tahun 1435 Hijrah pada 14 Januari 2014 Masehi. Lazimnya pada setiap tahun umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (S.A.W), kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan.Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sumbangan
Akaun Bank Islam Malaysia :
Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik
No.Akaun Bank : 02084010022679
Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik
No.Akaun Bank : 02084010022679