Datuk Ibrahim Ali (gambar) mengatakan kerajaan Barisan Nasional (BN)
berhak menaikkan harga barang kerana mereka memenangi pilihan raya umum
lalu dan prestasi mereka sedang dinilai rakyat.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata,
rakyat mempunyai kuasa melalui pilihan raya dan Pilihan Raya Umum ke-14
bukan satu tempoh yang lama.
Terpulang kepada mereka."Berhimpun di jalanan tak hormat proses
demokrasi. Jika perkara ini berterusan, kita tak akan berhenti pilih
kerajaan.
BN akan buat sesuatu bagi menjaga hati rakyat," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur hari ini.
Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat menggunakan isu kenaikan harga barang
sebagai mengukuhkan kuasa politik bagi menguatkan sokongan mereka bagi
menuju Putrajaya. ~tmi
No comments:
Post a Comment