Susulan kesilapan ejaan ucapan takziah Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada
keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, stesen televisyen Astro
Awani terpaksa membuat permohonan maaf secara terbuka.
Astro Awani dilaporkan membuat kesilapan itu pada info laporan berita
itu petang semalam hingga menyebabkan kekeliruan. Dalam beritanya petang
semalam, info berita Awani menulis; "Muhyiddin ucap tahniah kepada
keluarga Azizan."
Ekoran itu, gambar mengenai berita itu menjadi hangat dalam media sosial khasnya Facebook.
Pelbagai pihak berkongsi mengenainya dan mengutuk stesen televisyen itu.
"Kami ingin memohon maaf kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin dan keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul berhubung
info laporan petang tadi.
"Kekeliruan berlaku akibat kesilapan taip itu amat kami kesali, sekali lagi kami meminta maaf," dipetik daripada berita Awani.
Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak kembali kerahmatullah pagi semalam.
Jenazah allahyarham selamat disemadikan bersebelahan dengan jenazah
allahyarham Datuk Fadzil Noor, bekas Presiden PAS di Muassasah Darul
Ulum, Pokok Sena, Kedah selepas solat Asar petang semalam.
Pelbagai pihak memenuhi kawasan itu termasuk Yang Dipertuan Agong yang turut menziarahi jenazahnya. ~the malaysian insider
No comments:
Post a Comment