HULURKAN BANTUAN ANDA UNTUK PROGRAM KEBAJIKAN- DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SIK (BIMB 02084010022679)

Monday, 13 October 2014

Catatan Ustaz Ahmad Yahya





Catatan Ustaz Ahmad Yahya, Setiuasaha Dewan Ulamak PAS Kedah/ ADUN Alor Mengkudu:
Al Marhum Ust Ahmad Izzat kembali ke sisi Penciptanya diusia muda. Tahun 1997 ana mula menjadi guru di Madrasah At Taklimiah Tok Keling dia baru tingkatan 5. Al Marhum pelajar cerdik dan petah berpidato. Setahun slps itu Al marhum lanjutkan pelajaran ke Mesir.
Jika balik bercuti Madrasah Taklimiah tempat khidmatnya. Begitu jg selepas tamat pengajian di Mesir sehingga dipilih sebagai Adun Bukit Lada tahun 2008.
Al Marhum adalah kebanggaan Madrasah sbb dia anak sulung Madrasah yg diasaskan pd tahun 1992.
Al Marhum kembali ke sisi Penciptanya ketika menjawat pelbagai jawatan dlm jamaah antaranya, Tim Ketua Dppnk, Ketua Penerangan Dupnk, Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Kedah, Ketua Dewan Pemuda Pas Pokok Sena, Pengerusi Lmbaga Tadbir Smidu, Pengerusi Lmbaga Tadbir Sridu, Pen SU Lmbaga Tadbir Madrasah At Taklimiah, Guru di Makarimul Akhlak, Guru Umumi di seluruh negara.
Amanah yg begini bnyk dipikul menggambarkan tingginya komitmen beliau kpd jamaah dan tinggi jg keyakinan jamaah kepadanya.
Amanah sebagai pendidik di sekolah dan dlm masyarakat bukti tingginya ilmu dan keupayaannya. Jam 11. 10 mlm ini Pas Kedah kehilangan anak muda yg sukar dicari ganti. Pemuda Kedah dan Pokok Sena kehilangn pemimpin.
Ummah jg kehilangan guru umumi yg disegani. Anak murid di sekolah kehilangan pembimbing. Apatah lg ahli keluarga dan 5 anak yg mnjadi yatim. Namun jasa Almarhum akan terus dikenang di sisi manusia. Kebaikannya akan diganjarkan balasan terbaik di sisi Allah...
Selamat jalan wahai sahabatku, taman2 Syurga menanti mu

Al-Fatihah Buat Ust.Ahmad Izzat

Al-Fatihah....
Ustaz Ahmad Izzat Mohamad Shauki
*Bekas Adun Bukit Lada (2008-2013)
*Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah
*Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah
*Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pokok Sena
Telah Kembali ke Rahmatullah,Pada jam 11.10 malam (Isnin - 13 Oktober 2014)
Salam takziah untuk isteri, anak-anak dan seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Sunday, 12 October 2014

Jangan bangga bajet besar tapi rakyat daif - TG Nik Aziz

KOTA BHARU: Kerajaan tidak perlu berbangga dengan perbelanjaan yang besar setiap kali diumumkan dalam bajet sekiranya rakyat masih hidup dalam kedaifan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pengumuman perbelanjaan negara yang cukup besar setiap tahun sebenarnya menterjemahkan kegagalan pemimpin negara.

“Ini kerana rakyat yang berpendapatan rendah masih terpinggir serta tidak mendapat habuan dan hak mereka daripada bajet negara yang diumumkan,” ujarnya sebagai mengulas Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Jumaat lalu ketika ditemui di Pejabat Institut Pemikiran Tok Guru hari ini.

Katanya lagi, kecacatan Umno dan BN juga tidak ada tender dalam setiap projek pembangunan yang ingin dilaksanakan terutama di Kelantan.

Katanya, apabila tidak ada tender, harga yang sepatutnya RM10 juta akan bertambah menjadi lebih RM20 juta.

Tambahnya, ia diberi tanpa syarat kepada kroni tertentu sehingga menampakkan parti itu bukan untuk menjaga orang Melayu, sebaliknya parti untuk kroni mereka.

“Nak jaga Melayu dan rakyat lain, nak jaga kepentingan Umno lain.

“Kalau nak jaga orang Melayu apa saja projek yang ingin dilaksanakan di Kelantan contohnya, tender terlebih dahulu perlu diadakan sama ada untuk membuat jambatan atau apa saja,” ujarnya.

Katanya, dengan cara itu kerajaan dapat membayar kepada pihak tender pada harga sebenar.

Jelasnya, rakyat Kelantan masih tidak mendapat hak subsidi baja padi dengan cara yang betul sehingga kini.

Beliau berkta, ketika kerajaan Kelantan mula diambil alih pada tahun 1990 oleh Angkatan Perpaduan Ummah dahulu, kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan kos sendiri sebanyak RM3 juta setelah JPP tidak memberi baja kepada petani khususnya penyokong PAS.

Untuk itu, katanya kerajaan perlu memikirkan untuk mengubah tindakan itu agar tidak berulang supaya rakyat mengingati kerajaan Pusat tidak menyisihkan mereka.

Tegasnya, harta kerajaan adalah hak milik rakyat bersama dan bukannya milik peribadi pemimpin negara dan Umno. -HARAKAHDAILY 12/10/2014

Lawatan Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Lawatan Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah ke Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik
Tarikh: 10 Oktober 2014 
Hari: Jumaat
Masa: 9.00 Malam
Tempat: D'Puncak Beris,Sik
Penglibatan: Semua EXCO DPPNK & AJK DPPKS















Sumbangan

Akaun Bank Islam Malaysia :
Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik
No.Akaun Bank : 02084010022679