Isu ‘kenaikan berantai’ oleh Kerajaan benar-benar akan memberikan impak yang cukup besar kepada seluruh rakyat Malaysia terutama kepada majoriti rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana serta golongan fakir miskin.
Selepas PRU 13 Kerajaan telah memulakan dengan kenaikan harga petrol,diikuti pula kenaikan harga gula yang menyebabkan barang makanan yang berteraskan gula mengalami kenaikan harga.
Tahun 2014 pula rakyat akan berdepan dengan “kenaikan berantai” iaitu kenaikan Astro, kenaikan tarif elektrik berjumlah 15%,diikuti pula kenaikan tambang LRT dan Monorel,kenaikan tol,tambang bas sekolah bakal naik 40%,kenaikan Cukai oleh DBKL serta kenaikan Cukai Jalan dan Gas Masakan turut akan dilaksanakan dan perlaksanaan GST pada 2015.
Justeru , sebagai tanda bantahan secara AMAN , rakyat diseru untuk hadir ke JOM FLASH MOB KAWASAN SIK, akan diadakan pada 30 Disember 2013 , ISNIN , jam5 petang di Pasar Malam,Pekan Sik,Sik Kedah.
Flash Mob ini adalah merupakan satu tanda dan manifestasi bantahan secara aman terhadap segala siri kenaikan atau ‘kenaikan beratai’ yang bakal dilaksanakan pada Januari 2014 yang merupakan tindakan yang melampau dan menzalimi rakyat khususnya rakyat yang berpendapatan rendah dan golongan fakir miskin.
JOM Flash Mob Bantah Kenaikan!